Monday 27 August 2012

VANIDAH IMRAN IKUTI KURSUS LAKONAN

Vanidah Imran ikuti kursus lakonan untuk kembangkan lagi bakat kerana cintakan seni tanah air malaysia. Baca juga gosip artis malaysia blogspot.

Walaupun pernah bergelar Aktres Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-20 menerusi filem The Red Kebaya, namun Vanidah Imran ingin terus mengasah dan mengembangkan lagi bakat lakon dimilikinya.

Didorong keazaman untuk menyerlahkan lagi bakat negara ini hingga ke peringkat antarabangsa, Vanidah atau lebih mesra disapa dengan panggilan Vee bangga dapat mengikuti kursus dikendalikan guru seni persembahan bertaraf dunia, Philippe Gaulier, di ibu kota, baru-baru ini.

GOSIP ARTIS MALAYSIA - VANIDAH IMRAN

“Ini bukan kali pertama Vee mengikuti kursus sebegini. Vee mengikuti kursus sedemikian kerana tidak mahu bakat yang ada tersekat pada satu gaya lakonan saja dan berharap dengan mengikuti kursus ini ia dapat meningkatkan lagi kemahiran lakonan Vee." kata vanidah imran.

Semoga vanidah berjaya di dalam bidang seni sebagai artis dan mengharumkan nama negara Malaysia.


No comments:

Post a Comment